The navigation/links area is up there.
top left home . top right chat . bottom left add me
add me onfacebook

Tips Elak Pergaduhan Dalam Hubungan
posted: 1:09 AM | comments: 0

            Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَ

   Tips Elak Pergaduhan Dalam Hubungan

Pergaduhan adalah perkara yang biasa di dalam sesuatu perhubungan. Kata orang “kalau tak bergaduh hubungan tidak akan mesra”, tetapi apa yang ditakuti adalah pergaduhan yang kecil akan bertukar menjadi pergaduhan yang besar dan seterusnya mengakibatkan pertengkaran, mencederakan dan yang paling teruk adalah berlakukanya penceraian.
Sekarang, bercerai bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian. Pasangan yang kita lihat hidup bahagia pada awalnya, berpisah pada akhirnya. Kalau dahulu, bercerai adalah perbuatan yang terkutuk dan sangat di pandang hina oleh masyarakat.
Sekarang, bercerai adalah perkara biasa dan ia di anggap antara rintangan dalam hidup yang semua orang perlu hadapi. Walau bagaimana pun, untuk mengelakkan anda dan pasangan anda dari bercerai, semoga dengan tips yang disenaraikan ini boleh membantu diri anda menyelesaikan pergaduhan dalam hubungan anda.

10 Tips

Kawal Emosi

Cuba kawal emosi kamu dengan cara menenangkan diri sebelum mengambil tindakan. Selalunya orang perempuan dikaitkan dengan emosi yang berlebihan. Cuba bertindak bijak dan jangan tunjukan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depannya. Sekurang-kurangnya kamu tidak cuba menjadikan keadaan lebih keruh walaupun ketika itu perasaan marah membuak-buak di dalam dada.

Jangan Cari Pasal

Dalam sesuatu perhubungan perlu ada tolak ansur. Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu adalah sesuatu tindakan bijak. Namun perlu di ingatkan jangan cuba mencetuskan sesuatu dengan alasan tidak sengaja hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu.

Jujur Dan Saling Percaya-Mempercayai

Dua perkara tersebut begitu penting dalam sesebuah perhubungan. Bersikap jujur dan percaya kepada si dia adalah kunci utama untuk mengukuhkan hubungan kamu. Jika dua perkara tersebut tidak ada, tunggu sahajalah keruntuhannya.

Berterus-Terang

Ia merupakan jalan terbaik dalam sesebuah perhubungan. Tidak berlindung tentang sesuatu perkara adalah lebih baik daripada kamu merahsiakannya dan dia mendapat tahu daripada orang lain. Bercakap benarlah walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan.

Bersikap Terbuka

Ini penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan tersebut. Jangan terlalu ambil serius mengenai sesuatu yang tidak begitu penting. Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan daripada timbulnya sebarang masalah.

Jangan Ungkit Perkara Lalu

Kamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu. Biarkanlah is berlalu tanpa perlu membongkarkan segala kisah silam. Bimbang is hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin.

Jangan Bandingkan Dia

Jangan sesekali kamu bandingkan teman kamu dengan orang lain. Kamu perlu tahu bahawa tidak ada seorang pun yang suka dirinya dibandingkan dengan orang lain. Perkara ini jika tidak dikawal, hanya merugikan diri kamu sendiri.

Buang Sikap Ego

Setiap orang ada rasa egonya yang tersendiri. Namun ia perlu dikawal. Tidak kemananya ego kamu itu.

Jangan Sikap Mengongkong

Kadangkala sikap terlalu suka mengongkong boleh menyebabkan pasangan tidak puas hati. “itu tak boleh ini tidak boleh” Sebagai pasangan yang bijak kamu perlu tahu menanggani pasangan masing-masing. Jangan terlalu mengongkong pasangan kamu. Berikan si dia kelonggaran untuk bersendirian atau keluar bersama teman-temannya. Tetapi awas! Jangan terlalu memberikan kebebasan dan sebagai pasangan yang bijak kamu perlu tahu dengan siapa dia keluar, dimana dia pergi dan atas urusan apa dia keluar.

Setia

Jangan sesekali berlaku curang terhadap pasangan kamu. Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan tersebut. Tanpa rasa setia terhadap pasangan, hubungan tersebut tidak akan kekal lama. Setiap pasangan memang mengimpikan pasangan yang setia untuk dia terus mencintai. Jadi mengapa perlu curang?

Pandai Ambil Hati & Bijak Pilih Waktu

Sedikit tambahan, antara cara yang paling berkesan untuk meredakan kemarahan pasangan kamu. Pilih waktu yang sesuai dan kalau boleh pilih waktu yang pasangan kamu mempunyai mood yang baik. Elakkan dari memujuk pada waktu pasangan kamu masih dalam keadaan marah. Biarkan dia bersendirian untuk meredakan kemarahannya. Beli atau sediakan apa-apa sahaja yang disukainya seperti makanan kegemaran, barang peribadi, pakaian atau sebagainya dan si dia pasti akan gembira semula.

mungkin ramai pasangan kat luar sana yang kaki gado kan... cm ana hehehe.... so mne tahu leh tgk2 tip2 kt ats nie kan... mne la tahu membantu kalian2 semua nie.... sama2 la kite jaga hubungan bersama.. sbb kita nak bersama tok selamanya so kena lah ade tolak ansurnye baru la harmoni bukan sesuatu hubungan 2.. amboi ana pndai je ckp... diri pon xbrapa betol.... hehe... xpe2 sama2 perbaiki tok jadi yang baik bukan.... insyallah amin2....

ok la tok hari nie kan... dri xde update langsung t org bosan lak bkk blog ana asyk xupdate je... ok ana akn gagah kan diri on lappy nak update tok korang semua ye.... mklm la ana nie xberapa nak tegar sgt update... dlm aty nak sgt jadi blogger tegar.. insyallah akan dipertimbangkan masa dan kesesuaian ye....

insyallah nak update yg best2 n tip2 tok korang..... nk kongsi ngn semua org... =)..

assalammualaikum semua..


ma chérie .


tomorrow is mystery. yesterday is history.