The navigation/links area is up there.
top left home . top right chat . bottom left add me
add me onfacebook

Amalan Sunat Di Aidiladha
posted: 8:30 AM | comments: 0
                                                                Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA.... OK HARI ANA NAK KONGSI TENTANG AMALAN SUNAT AIDILADHA.... MAKLUMLAH KAN XLAME LAGI KITA DAH NAK PUN MEYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.... KEJAP JE KAN MASA BERLALU.... PEJAM CELIK PEJAM CELIK DAH NAK RAYA LAGI SEKALI...... OK KEBANYAKKAN PE YANG ANA KONGSI NIE... ANA BCE DALAM MAJALAH DAN ANA KONGSI KAN KAT KORANG SEMUA..... OK LA JOM KITA BACE K.=))

1.) MEMBERSIHKAN DIRI SEBELUM KELUAR SOLAT HARI RAYA.

    - Antara dalilnya ialah sebagaimana berikut : Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar. (Riwayat Imam Malik dengan 
      (ii)   sanad yang sohih.)

  Sebahagian ulama menyatakan sunat mencukur bulu di badan dan memotong kuku kerana ia adalah pemyempurnaan dalam berhias.

2.) MEMAKAI SEBAIK-BAIK PAKAIAN.

   - Adalah bagi rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua-dua hari raya.

3.) MAKAN TAMAR ATAU SEUMPAMANYA SELEPAS SOLAT HARI RAYA.

   - Daripada Anas memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya sehingga baginda makan tamar dan makan dalam 
     bilangan yang ganjil. (Riwayat Imam Bukhari dan Ahmad.)
   - Daripada Baridah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya aidilfitri sehingga baginda makan dan tidak akan 
     makan pada hari raya korban sehingga meyembelih binatang korban. (Riwayat Imam Ahmad dalam sohih Al-jami'.)

4.) KELUAR SoLAT HARI RAYA DI MASJID DAN SEUMPAMANYA.
  
   - Ummu 'Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha 
     termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haid  dan mereka yang sebuk dengan tugas dirumah. Maka bagi mereka yang 
     datang haid hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikaan dan jemputan muslimin. (Riwayat Imam Bukhari dan 
     Muslim.)

5.) MELALUI JALAN YANG BERLAINAN KETIKA PERGI DAN PULANG DARI TEMPAT SOLAT HARI RAYA.

   - Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. (Riwayat Imam Bukhari
     dalam sohih Al-jami'.)

6.) MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA PARA MUSLIMIN.

   - Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka  yang ditemui dengan kalimah yang 
     bermaksud :" semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu. ( Riwayat oleh Al-Muhamili dan selainnya dengan sanat yang sohih
    dalam Tamam Al-Minnah.)

7.) MENGERJAKAN IBADAT KORBAN.

   " Tidak ada amalam yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah ( yakni
     menyembelih korban ). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk- tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya
    ( dan diletakkan diatas timbangan ). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat
     yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi. Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu ". (Riwayat Imam At-Tarmizi, Ibnu 
    Majah dan Al-Hakim ).


SALAM.......
   



ma chérie .


tomorrow is mystery. yesterday is history.