The navigation/links area is up there.
top left home . top right chat . bottom left add me
add me onfacebook

SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG
posted: 8:13 AM | comments: 0
sabda Nabi Muhammad SAW:-

'Barang siapa yang meninggalkan sembahyang dan melalaikan akan sembahyang lima waktu yang difardhukan, diseksa oleh Allah dengan lima belas seksaan. enam seksaan sewaktu di dunia, tiga seksaan sewaktu ajalnya, tiga seksaan selama di dlm kuburnya dan dan tiga seksaan sewaktu berjumpa dengan Tuhannya pada hari kebangkitan'

apabila ditanya oleh sahabat nabi jenis-jenis seksaan tersebut maka nabi menghuraikan:-

seksaan sewaktu di dunia

1. hilang keberkatan umurnya di mana hidupnya tidak bermakna walaupun kelihatan sangat mewah kerana kemewahan tersebut hanyalah istidraj belaka.

2. hilang keberkatan rezekinya. Rezekinya terbuang untuk perkara yang sia-sia sahaja.sebagai contoh wang yang dimilikinya selalu dirasakan tidak cukup walaupun pendapatannya mencecah empat angka.

3. Dihilangkan tanda orang soleh dimukanya

4. tidak termasuk dalam golongan ISLAM. zahirnya sahaja Islam tetapi batinnya munafiq.

5. segala amal baik yang dilakukannya tidak mendapat pahala.

6. Doanya ditolak.

seksaan sewaktu hampir ajal

1. Mati dalam keadaan hina

2. mati dalam kelaparan. Kelaparan di sini bukanlah bermaksud tiada makanan yang disediakan tetapi nafsunya tiada walaupun makanannya cukup. Ini disebabkan oleh kesakitan yang dirasainya sewaktu rohnya keluar.

3. mati dalam keadaan dahaga walaupun diminumkan air di dunia

seksaan di dalam kubur

1. Disempitkan kuburnya

2. Datangnya malaikat yang diperintahkan Allah untuk menyeksasi mati tidak henti-henti hingga hari kiamat

3. Datangnya seekor ular yang bernama Suja'ul Akra yang akan memukul si mati sehinggap terbenam beberapa ratus hasta ke dlm bumi.

seksaan sewaktu berjumpa Tuhan

1. Datangnya malaikat yang kan menyeksa menggunakan seutasrantai yang panjang. Rantai itu akan diikat ke leher orang yang meninggalkan sembahyang dan dimasukkan ke dalam mulut hingga terkeluar di bahagian dubur lalu ditarik-tarik rantai tersebut dan disentap-sentap

2. Allah tidak mengampunkan dosanya

3. Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya pada hari kebangkitan

ma chérie .


tomorrow is mystery. yesterday is history.